Monday, September 7, 2015

Petua U-To (Masuk Hutan)

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Disini saya sebagai admin dan rakan-rakan sekalian ingin memberi sebahagian pertua yang diamalkan oleh kami sendiri ketika masuk kedalam hutan . 

Terutamanya disini ingin memperingatkan adalah hutan antara azanah alam yang tidak ternilai dan menyimpan pelbagai kehidupan yang berpenghuni mahupun haiwan (serangga , haiwan liar serta berbisa ) atau mahkluk halus yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar

Dengan demikian kita perlulah berhati-hati dan menjaga adab ketika berada di hutan . Janganlah kita membuat sesuatu sehingga menyebabkan penghuni hutan merasa marah .

Dengan ini saya memberi cara-cara , tahta-tertib dan petua ketika berada di hutan .

Cara-caranya :

Cara Pertama :

Sebelum melangkah masuk kedalam hutan , anda perlulah berkelakuan baik dan tidak bercakap besar ketika itu . Seterusnya haruslah memberi salam (Asalamualaikum) kepada penghuni hutan dan baca Bismillah 21 kali berserta Al-Fatihah sebanyak 3 kali . Setelah itu baru lah melangkah kedalam hutan yang ingin dikunjungi .

Cara Kedua :

Cara kedua adalah dengan cara memberi salam (Asalamualaikum) berserta Bismillah dan ayat 3 Qul dan di tiup kiri dan kanan sebelum melangkah masuk kedalam hutan . Ini hanya lah buat pendinding semasa didalam hutan sahaja agar tidak di ganggu oleh penunggu hutan dengan izin Allah .

Cara Ketiga :

Cara ketiga ini dengan memberi salam kepada penjaga dan penunggu hutan . Caranya adalah dengan lafaz Bismillah . "Asalamualaikum wahai penghuni-penghuni disini , izinkan daku kalifah Allah untuk memasuki kawasan serta tempat kamu " . Selepas itu baca Al-Fatihah 3 kali dan 3 Qul 3 Kali berserta lafaz 2 kalimah syahadat 1x dan allah huq akbhar  serta amin kan .

Cara Keempat :

Cara keempat adalah dengan membaca bacaan tersebut sebelum melangkah masuk ke hutan .

Tadah tangan seperti mendoa .

Bacaan nya :


  • Asalamualaikum 3x
  • Bismillah 21x
  • Al-Fatihah 3x
  • 3 Qul 3x
  • Ayat Qursy 1x


Dan rautkan kemuka serta tangan kanan dan diikuti tangan kiri dan tiupkan hembusan melalui mulut kekanan dan kekiri .

========================================================================
Ke empat-empat cara di atas perlulah dilakukan sebelum msuk kedalam hutan . Jangan cara semasa didalam hutan mahupun semasa berjalan kedalam hutan .

Harap dengan pertua ini dapat membantu anda semasa berada di dalam hutan dan jangan lah berharap kepada pertua di atas namun berdoalah kepada Allah semoga kita memperolehi keberkatan dari-Nya .

Sekian Terima Kasih .

No comments:

Post a Comment