Asalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cara membuat Buntat Embun Palsu dan Batu Glow In The Dark Palsu
Awas......!!!!!
Penipuan Batu Permata....!!!!!!
Penipu Akan Di Dakwa.....!!!!!
Teruatamanya saya ingin memberi tahu kepada anda semua . Perkara yang saya jelaskan ini tiada kene-mengena yang hidup atau yang mati dan tidak sama sekali ada kaitan dengan individu yang membuat kerja-kerja penipuan ini . Ini sekadar pengetahuan sains dalam mengasilkan permata dengan mudah dan berkesan namun ada keburukan nya kerana menggunakan bahan kimia .
Diatas adalah salah satu contoh yang di ambil dari pihak saya untuk memberi definisi kepalsuan Buntat Embun hilang dalam air dan Batu Glow In The Dark Palsu .
Bahan diatas adalah dipanggil Split Water @ Water Ball @ Berbola penyerap air yang digunakan dalam video ini . Apabila bebola ini terkena air atau di masukan didalam air ianya akan bertindak balas dan membesar . Apa yang unik nya adalah apabila air di serap dan bola ini membesar secara totalnya . maka secara automatiknya bebola ini akan jadi warna air dan sifat air itu sendiri . dan secara tidak langsung bebola ini akan menjadi luksinar sehingga apabila dimasukan kedalam air tidak kelihatan .
Namun bila bebola ini diserap air maka strukturnya akan jadi lembut bukan ? Ya , memang benar ianya akn jadi lembut . Namun tetap dengan sedikit bahan kimia , ianya akan mengeras dengan sendirinya . Secara tidak langsung menjadi sebentuk batu yang luksinar (clear eyes) dan jiga direndam tidak kelihatan .
Untuk Glow In The Dark pula adalah dengan cara salah satu bahan seperti serbuk yang mempunyai kesan glow apabila di gelap . Serbuk di sebut perlu di letakan didalam air biasa . Dan disebatikan sengan sekata . Kemudian letak Split Water atau Water Ball kedalam cecair glow tersebut . Maka dengan secara automatiknya Water Ball akan menjadi sifat glow . Dan untuk menjadikan ianya keras adalah dengan mengunakan cara sama seperti cara buntat embun tadi .
Disini saya ingin meminta maaf kerana nama bahan-bahan dan asid kimia harus di rasiahkan , ini kerana kita mesti elak produk palsu dan jangan sesekali mengasilkan item yang dicipta dengan bahan kimia .
Saya ingin meminta maaf jikalau ada terkasar bahasa dan menguriskan hati pembaca artikal ini . Tujuan saya baik untuk mengelak dan memberi panduan kepada semua agar tidak membeli produk palsu di pasaran luar .
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment