Asalamualaikum dan Salam Sejahtera
Keaslian
Geliga @ Buntat
Kelapa
Sebelum saya nyatakan hal ini , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya Ustaz Shariff kerana berkongsi sedikit ilmu ketika dahulu tentang buntat kelapa dan lain-lain lagi . Beliau adalah seorang yang amat baik dan sedia membantu .
Baik lah , saya terus kan dengan tajuk diatas , geliga atau buntat kelapa juga dikenali sebagai batu kelapa yang amat sinonim dengan masyarakat melayu pada ketika dahulu dan hingga kini . Geliga atau buntat kelapa selalunya dijumpai pada kelapa itu sendiri dan khasiat nya amat baik dalam bidang perubatan dan penawar penyakit dari segi mistik dan juga sakit biasa .
**********************
Contoh diambil dari google |
Contoh diambil dari google |
Cara mengenal buntat kelapa
Buntat kelapa terdapat dialam buah kelapa yang tertentu
sahaja . buntat kelapa amat jarang ditemui , ini kerana kebarangkalian untuk
menjumpainya amat tipis .
Cara mengenali keaslian buntat kelapa adalah melalui
rendaman air kelapa . jikalau asli apabila direndalm air kelapa yang direndam
dapat bertahan selama mana yang boleh .
Cara kedua unuk mengenali keaslian buntat kelapa dengan
mengunakan cara yang sama namun mengunakan air santan .
Cara ketiga dengan menggunakan ilmu takrikat , dengan
menggunakan ilmu ini . kita dapat memeriksa sesuatu barang atau batu mahupun
buntat adalah asli ataupun tidak .
Contoh diambil dari google |
Buntat kelapa amat berguna dalam bidang perubatan
tradisional dan mistik . mengikut kajian sains buntat kelapa mempunyai zat kelapa
yang mampu menawar bias dan mampu mengubat penyakit yang lebih kepada bias dan
racun . Dalam istilah mistik pula buntat kelapa mampu menawar seribu jenis
penyakit dan adakalanya dibuat sebagai azimat . Buntat kepala juga dipercayai ,
barang sesiapa memakainya . apabila
memasak sesuatu maka masakan itu akan jadi sedap .
Buntat kelapa berada didalam kelapa yang mengeras menjadi
buntat kelapa . Manakala kelapa jadi batu pula adalah sebiji kelapa yang
mengeras menjadi sebuah batu diluar mahupun dalam .
Dikalau ada salah dan silap harap dimaafkan .
Disini saya hanya berkongsi sesama ummah sekalian .
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment