Wednesday, September 30, 2015

Pertua U-To ( Keaslian Buluh Tumpat )

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Keaslian Buluh Tumpat .

Buluh Tumpat

Buluh tumpat bertemu ruas adalah salah satu tumbuhan yang jarang ditemui . Buluh tumpat amat diperlukan didalam bidang perubatan tradisional dan mistik . Buluh ini selalunya dijadikan sebagai azimat pendinding dan keselamatan .

Gambar sumber dari google

Gambar sumber dari google


Cara mengenal keaslian buluh tumpat adalah dengan memasuk kan kedalam air teh pekat panas . dengan menggunakan cara ini kita dapat melihat keaslian dengan cara tersebut . dikalau asli , maka buluh tumpat tersebut tidak akan bertukar warna dan bentuk walau sedikit pun . yang palsu akan mengelupas ataupun pecah dengan tersendirinya . Ini disebabkan yang palsu di hasilkan melalui simen atau kapur yang dibentuk menjadi buluh tumpat . hal ini bnyak orang lakukan kerana ingin mendapat keuntungan tinggi .

Cara kedua dengan memasukkan buluh tumpat kedalam air panas menggelegak atau air panas paras maximum . selalunya buluh tumpat yang asli akan mengeluarkan buih-buih halus pada hujung buluh tersebut berbanding yang palsu . ini kerana yang asli memiliki kandungan udara osida dan zat dialam buluh itu sendiri  berbanding yang palsu hanyalah simen biasa yang tidak mempunyai apa . dan dengan mengunakan cara ini juga maka yang palsu akan pecah kerana ketumpatan suhu yang tinggi tidak boleh menampung kekerasan simen dan kapur keras .


Khasiat dari segi sains , buluh tumpat digunakan sebagai perubatan kerana sumber natural dan osida dapat membantu isian didalam tubuh manusia . dari segi mistik selalunya di gunakan sebagai perubatan tradisional dan mistik. Dan di percayai mampu menjaga diri dan rumah dari dicerobohi oleh orang yang berniat jahat . da nada yang kata untukpengaseh , da nada yang kata untuk kebal umum .namun ini semua adalah dari keiziznan allah yang maha esa .

Khasiat Buluh Tumpat juga dipercayai mempunyai khasiat mistik yang amat hebat . Orang tua-tua selalu berkata apabila meletakkan buluh ini ke dalam rumah , insyaallah dengan izin Allah maka ada nya orang yang berniat jahat masuk kedalam rumah akan pulang tidak jumpa jalan keluarnya . Ada juga diperkatakan mampu membuat sipemakai akan memiliki kekebalan , dan ada juga yang beranggapan buluh ini mampu di buat sebagai ubat . Ada juga segelintir yang mempercayai buluh ini adalah salah satu bahan bagi minyak pengasih ampuh . Kebarangkalian masih dalam tanda tanya dan tiada kesahihannya hingga kini .

Semoga apa yang ditulis dapat diterima umum .

Sekian Terima Kasih

Sunday, September 27, 2015

Duit Syiling Yassin

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Duit Syiling Yassin Lima (Sold)

Asal-usul Duit Yasin

Daripada apa yang diceritakan kepada saya, duit Yasin yang asli asalnya daripada Indonesia. Duit ini dibawa ke tanah melayu "kosong" tidak ada khadamnya dan apabila ianya sampai ke tanah melayu, duit ini akan diisi dengan khadam (jin atau syaitan) menurut kehendak pemakainya. Biasanya ada yang meminta supaya dilariskan jualan, menjadi kebal, sebagai pelindung dari sihir (santau dsbnya) serta kejahatan dan juga menjadi kuat.

Buku "Magic coins of Java, Bali, and the Malay Peninsula" oleh Joe Cribb dan diterbitkan oleh British Museum ada memasukkan duit syiling ini didalam buku tersebut. Penulisannya adalah berdasarkan duit syiling koleksi Sir Thomas Stamford Raffles yang berbentuk syiling di British Museum. Ini sedikit sebanyak memberitahu kita, pada zaman 1800an pun duit ini sudah wujud.


================================================================================================




Duit Syiling Yassin Lima
Bentuk : Duit Syiling
Harga : RM250
Harga Kini : RM100

Item Free :

Perfume 

Gambar Contoh


Bulu Perindu

Gambar Contoh

Dan

Pos Laju 


Sekian Terima Kasih

Thursday, September 24, 2015

Geliga Ular Chinta Mani

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Geliga Ular Chinta Mani
SOLD
Gambaran Ular (Bukan Ular Sebenar)

Ular Chinta Mani mempunyai kelebihan yang amat kuat dalam bidang mistik dari dahulu zaman ribuan tahun lama nya . Ular ini mempunyai kelebihan yang menakjubkan dan amat ampuh dalam bidang mistik .

Ular ini amat berguna di semua bahagian nya dan setiap bahagian mempunyai kelebihan serta khasiat yang hampir sama . Pernah satu peristiwa seorang telah menjumpai ular ini dan ditangkapnya serta dibunuh . Dan disebabkan akan khasiatnya , makan pembesar itu telah menyuruh isteri beliau memasak nya dan menyantap santapan tersebut . Melalui perbuatan tersebut , pembesar mendapat kabar berita yang isterinya telah mengandung dan setelah melahirkan seorang zuriat yang telah dikandungkan isterinya . Dan zuriat itu setelah besar menjadi orang yang ternama dan terbilang .

Ini adalah cerita pada zaman dahulu kala , tiada kena-mengena dengan yang hidup atau pun yang mati . kesahihan ceritanya pun hanya la mitos belaka .

Cerita kedua tentang Ular Chita Mani ini dengan masyarakat Sabah dan Sarawak .
Ceritanya , dipercayai sekiranya berjumpa dengan ular ini harus lah dititiskan darah kepada ular itu . Setelah dititiskan , maka ular ini akan berubah menjadi sebuah gelang yang hanya boleh dipakai oleh sipenitis darah tersebut . 

Khasiat gelang tersebut adalah buat kekebalan umum , kewibawaan , kekayaan dan kemakmuran dunia dan akhirat .

Ini adalah Geliga Ular Chita Mani










Hanya Ada Satu Sahaja....

Berbalik dengan Geliga Ular Chita Mani ini mempunyai khasiat :

Kemakmuran
Kewibawaan
Kekayaan
Pengasih
Penarik Rezeki

Geliga Pure
Bentuk : Permata
Harga : RM350
SOLD

Free Item :
Akar Cenuai
Perfume

Dan
Pos Laju

Sekian Terima Kasih

Sunday, September 20, 2015

Kayu Tas

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kayu Tas amat berguna dalam bidang perubatan dan mistik dari dulu hingga sekrang . Kayu Tas juga dia anggap untuk menjaga diri daripada haiwan-haiwan buas dan berbisa di dalam hutan .

Kayu Tas juga memiliki Bau ( Kalau tiada bau kurang Khasiatnya ). Beza bau kayu tas Sarawak dan kayu tas semenanjung amat jauh sekali. Cuma bau tas jantan lebih kurang sama di kedua tempat ini . Akan tetapi bau kayu tas (Betina) Sarawak lebih wangi (Bau semacam rempah) sedangkan bau kayu tas betina dari semenanjung berbau hancing(amat busuk). 

Kayu tas semenanjung dari segi mistik adalah lebih berkhasiat kerana kebanyakkan orang menggunakannya untuk menundukkan manusia, jin serta makhluk halus. Tetapi asal je kayu jenis ni memang khasiatnya menundukkan serta menghalau. Ianya juga digunakan dalam bidang perubatan tradisional....(pendek kata kayu serba boleh jika tahu akan pengunaannya)

Khasiat Kayu Tas

-Pendinding
-Penggerun Jin
-Penggerun Harimau
-Penggerun Haiwan Berbisa dan Liar
-Penunduk Manusia , Jin dan Harimau
-Dan Lain-Lain

======================================================================================================================





Maaf A1 sudah di grab pelanggan .

Kayu Tas (Jantan & Betina)
Bentuk : Kayu
Harga : RM 30.00

Item Free :

Akar Cenuai
Pos

Monday, September 14, 2015

Geliga Sarang Semut

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Geliga Sarang Semut (Sold)

Geliga semut selalunya jarang ditemui kerana jarang geliga berada dengan semut ini kan lagi geliga sarang semut . Semut selalunya dikaitkan dengan kerezekian dan kemakmuran di dalam hidup haiwan tersebut dengan sifat berkerjasama di dalam mencari rezeki . Dengan sifat itu juga diterapkan khasiatnya didalam geliga nya .

Perbezaan Geliga Semut dan Geliga Sarang Semut :

Geliga Semut : Geliga ini berbentuk bujur seperti telur semut dan sifatnya keras . Warna nya putih kekuningan .

Geliga Sarang Semut : Geliga ini berbentuk bulat atau bujur dan bersifat keras . Warna nya hitam atau perang kehitaman .

Namun kegunaan nya tetap sama adalah untuk kerezekian ampuh dalam bidang perniagaan dan penjualan serta sesuai buat peniaga .

===============================================================================


Permaharan Geliga Sarang Semut Di Buka





Khasiat nya :

Rezeki Ampuh
Pendinding
Pelaris Ampuh

=================================================================================================================================


Geliga Sarang Semut
Bentuk : Geliga
Harga : RM450
Harga Promosi : RM250 Sahaja

Free Item :



Bulu Perindu



Perfume



Pos Laju 

Sekian Terima Kasih

Monday, September 7, 2015

Petua U-To (Masuk Hutan)

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Disini saya sebagai admin dan rakan-rakan sekalian ingin memberi sebahagian pertua yang diamalkan oleh kami sendiri ketika masuk kedalam hutan . 

Terutamanya disini ingin memperingatkan adalah hutan antara azanah alam yang tidak ternilai dan menyimpan pelbagai kehidupan yang berpenghuni mahupun haiwan (serangga , haiwan liar serta berbisa ) atau mahkluk halus yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar

Dengan demikian kita perlulah berhati-hati dan menjaga adab ketika berada di hutan . Janganlah kita membuat sesuatu sehingga menyebabkan penghuni hutan merasa marah .

Dengan ini saya memberi cara-cara , tahta-tertib dan petua ketika berada di hutan .

Cara-caranya :

Cara Pertama :

Sebelum melangkah masuk kedalam hutan , anda perlulah berkelakuan baik dan tidak bercakap besar ketika itu . Seterusnya haruslah memberi salam (Asalamualaikum) kepada penghuni hutan dan baca Bismillah 21 kali berserta Al-Fatihah sebanyak 3 kali . Setelah itu baru lah melangkah kedalam hutan yang ingin dikunjungi .

Cara Kedua :

Cara kedua adalah dengan cara memberi salam (Asalamualaikum) berserta Bismillah dan ayat 3 Qul dan di tiup kiri dan kanan sebelum melangkah masuk kedalam hutan . Ini hanya lah buat pendinding semasa didalam hutan sahaja agar tidak di ganggu oleh penunggu hutan dengan izin Allah .

Cara Ketiga :

Cara ketiga ini dengan memberi salam kepada penjaga dan penunggu hutan . Caranya adalah dengan lafaz Bismillah . "Asalamualaikum wahai penghuni-penghuni disini , izinkan daku kalifah Allah untuk memasuki kawasan serta tempat kamu " . Selepas itu baca Al-Fatihah 3 kali dan 3 Qul 3 Kali berserta lafaz 2 kalimah syahadat 1x dan allah huq akbhar  serta amin kan .

Cara Keempat :

Cara keempat adalah dengan membaca bacaan tersebut sebelum melangkah masuk ke hutan .

Tadah tangan seperti mendoa .

Bacaan nya :


  • Asalamualaikum 3x
  • Bismillah 21x
  • Al-Fatihah 3x
  • 3 Qul 3x
  • Ayat Qursy 1x


Dan rautkan kemuka serta tangan kanan dan diikuti tangan kiri dan tiupkan hembusan melalui mulut kekanan dan kekiri .

========================================================================
Ke empat-empat cara di atas perlulah dilakukan sebelum msuk kedalam hutan . Jangan cara semasa didalam hutan mahupun semasa berjalan kedalam hutan .

Harap dengan pertua ini dapat membantu anda semasa berada di dalam hutan dan jangan lah berharap kepada pertua di atas namun berdoalah kepada Allah semoga kita memperolehi keberkatan dari-Nya .

Sekian Terima Kasih .