Asalamualaikum dan Salam Sejahtera
Disini terutamanya saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yg membaca isu ini dan jangan lah ambil hati baik yang muda mahupun tua . Pekara ini di bahas atas kerana ada sesetengah pihak menganmbil mudah untuk memasuki dan mengekses komputer serta data-data milik orang lain tanpa kebenaran pemiliknya .
Adakah ini satu kesalahan ?
Ataupun dikatakan jenayah siber ?
Baik lah , Maksud sinonim dengan jenayah siber adalah pengodam tanpa kebenaran mahupun mencuri data dan mengetahui tempat tinggal seseorang dengan cara siber di atas kepentingan diri sendiri .
Kenapa ianya di anggap jenayah ?
Disini disebutkan antara sebab-sebab pekara ini di anggap satu kes jenayah .
Sebab-sebab nya :-
- Mengodam Data Tanpa Kebenaran Pemilik
- Pengetahui Tempat Tinggal Pemilik Tanpa Kebenaran Pemilik
- Mencuri Data Tanpa Kebenaran
- Cubaan Menghantar Virus
- Cubaan Mencuri Kata Laluan Ekses Pemilik
- Fitnah Siber
- Dan Lain-Lain
Tahukah anda pekara tersebut dapat disabitkan diatas kesalahan Jenayah Siber di bawah akta tersebut :-
- Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
- Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998
- Akta Tandatangan Digital 1997
- Akta Jenayah Komputer 1997
- Akta Teleperubatan 1997
(Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik - [
AKTA SIBER ] )
Disini jelas lagi bersuluh adalah satu kesalahan untuk memantau segala aktiviti dengan cara yang salah supaya memdapat sesuatu diatas kepentingan diri sendiri tanpa kebenaran pemilik .
Tahukah anda perbuatan ini akan menyebabkan kerugian diatas kos penyelenggaraan apabila melibatkan kerosakan komputer ?
Ini sendiri mahu ingat ......!! Kalau sudah godam mesti komputer yang menerima godam akan menerima impak kerosakan walaupun sedikit mahupun sedar ataupun tidak disedari .
Pekara tersebut mungkin disebabkan sesetengan individu yang menjadi kaki keyboard warrior dan menjadikan ianya sebagai hobi mahupun memang sikap yang mendorong melakukan pekara ini . Dan dengan ini saya turut berharap agar sesiapa yang membuka tajuk ini sila ambil iktibar dan munasaba diri agar jangan mengulangani pekara yang sama dan dengan sejujur nya pekara ini tidak di tujukan kepada sesiapa yang membacanya . Ini sekadar nasihat agar tidak berlaku pekara yang tidak di ingini apabila undang-undang telah dibuat keatas anda dengan bukti yang ada dan anda hanya akan menjadi buruan polis diatas kesalah mengodam dan menjadi penjenayah siber .
Ok . Itu sahaja yang saya ingin kongsi kan buat masa kini . Harap dari pihak tuan dan puan serta pihak pembaca serta bakal pembaca dapat menjadikan ianya sebagai motivasi didalam penggunaan alat mutimedia dan komunikasi kearah kebaikkan dan memberi dorongan kearah praganda serta paradikma dan kemakmuran semasa menggunakan alam siber .
Sekian Terima Kasih